Muahaha. Rasa artis pulak kan bile orang request suruh update life. Rasa macam blog ni masih lagi ada sinar harapan untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya yang kini kian meyepi akibat daripada tuan blognya yang pemalas. Ok lah, aku update lah ni.
I've completed my 1st sem kat MSU dengan jayanya. Alhamdulillah. Management memang sangat sebati dengan jiwa aku, tak sangka pulak. Everything happens for a reason kan. So now aku tengah cuti sem. Kerja kat Kumon Learning Center. Seronok jugak lah dera budak-budak ni buat Maths. Ada yang nangis dan taknak buat kerja pastu buat muka comel "Ticer... stomach ache.." Ahh kau. Dan dan je cakap sakit perut. Tadi aku tolong kau laju je. Bila suruh buat sorang-sorang macam-macam pe'el kau yer. Lalu aku pun terus la mengkuatkan volume earphone dan lama-lama die buat jugak kerja die. Semalam pulak, aku tak tau nape mak budak ni tak bagi anak die rehat sebelum gi tusyen kot. Jawap satu soalan, tersengguk sekali. Yang paling best, die tunduk lama gila. Aku ingat die berfikir. Skali air liur tumpah sebaldi. HAHAHAHA. Aku gelak sampai jatuh kerusi gak ar.
Aku kena jaga dari 4 years sampai 7 macamtu lah. Kejang punggung aku duk kerusi kecik camnih! Tapi seronok, kerja Selasa dan Jumaat ONLY.
Aku stay kat Kelana Jaya. Minah ni aku kenal die sejak dari zaman MyRakan & Myspace lagi. Kebetulan BF die adalah bekas budak MSU jugak. Kenal dah 3-4tahun jugak lah. Jum usyar-usyar gambar pulak...
Yang kiri tu la tuan bilik yang aku tumpang. Kanan ni nama dia Lolita. Umur dah 30++ dan masih single dan clubbing =.=" Nasep la kau bukan melayu. Kalau tak aku dah sepak dah.
Yang kiri tu budak cemas yang malas update blog. Kanan ni la driver kami. Suwanjah :) Siam mixed Chinese. Dia ni boleh ganti Maria Tunku Sabri, hebat gila bab kedai kedai makan ni.

Ni gamba curi. Ceh. Padahal control cun taknak orang kate jakun amik gamba kedai ni. Nampak sangat 1st time datang. Tak kool ah nanti.
Taraaa. Roti Hawaii. Dlm tu ada sosej nenas dan macam-macam lagi. Tapi mayoneese die kusss semangat!
Ini 3 Layer Tea. Rasa macam cendol tanpa cendol.
Hikhikhik sebok nak interframe lagi... Tu air Fairlady.. Sedap woah wa cakap sama lu! Rasa cam Ribena campur ais krim soda, letak nata de coco, laici dan kordial nenas pekat di dasar cawan/balang tu.. Tapi senyuman ni cuma semetara je. Esoknya, aku cirit birit sebab moyaneese banyak sangat, sebelum tu dah la pegi makan roti canai kari extra pekat. Padan muka saya! T____T
Ok lah, banyak lagi updates coming soon. Insyaallah.



.jpg)

6 kritik(s):
oiiiiiiiiii...peyqa gile jalan sorang2..ahhaa
bile lak aku jalan sorang2?
terliur la tengok..ish..
hahha
haha kedai wajib pergi nih. jejom!
sedappp gile 3 layer tea !
nice to meet u.
hehe thanks dayapelangi :)
Post a Comment